Friday, December 4, 2009

Senapang patah pengawal TNB

baru-baru ni ade berita tdk menyenangkan hati..kat KL kowt bende niyh jadi..aku tgk berita utama(Tv3)..

Senapang patah yang dipegang oleh seorang pengawal di (outlet TNB) terjatuh lalu meletup dan terkena kaki Ahmad Faiz Roslan, 12, yang kebetulan berada di situ teman bapak die bayar bil kowt..

patut ke pak cik guard yang umurnya 65 tahun kowt tersebut tertidur..? Atau pengawal tersebut sudah otai sangat dan tidak sesuai menjadi pengawal sehingga pegang senapang pun boleh terjatuh..

Beginilah hakikat sektor keselamatan di Malaysia. Syarikat-syarikat keselamatan menggajikan mereka yang sudah terlalu berumur yang sepatutnya sedang bermain dengan cucu di rumah menjadi pengawal keselamatan...

Nak salahkan pak cik tu pun tak boleh juga kerana mesti beliau mempunyai alasan kuat untuk bekerja spt faktor ekonomi... Apa yang tak kenanya ialah kerana sistem tender dan sebut harga yang rendah dari syarikat keselamatan kepada syarikat.. yang mengupahnya...Semua orang nak jimat dan pastilah mereka yang menghantar sebut harga terendah akan dapat.. Dah dapat pun dengan harga rendah maka gaji pengawal pun rendah..Akibatnya yang mahu bekerja pada gaji yang rendah ialah mereka yang berumur.

Kesian adik ni tak pasal-pasal hilang tiga jari tapi nak buat camana dah dah ketentuan Ilahi..harap-harap bende niyh tak jadi sebab aku pown takut gak mane aaa tau time aku nak pegi bayarkan bil rumah aku aku yang kene..huhu..tak pasal-pasal dok hospital tuh..n satu lagi pihak yg bertanggungjawab hendaklah bukak tentang perkara ini tidak akan berulang lagi..



No comments:

Post a Comment