Friday, April 24, 2009

++Mencintai Dan dicintai++

Kebahagiaan manusia ada bila dia mampu mata hatinya,dan menyedari bahawa dia memiliki banyak hal yang beerti dan menyedari bertapa dia dicintai...Manusia boleh mengecap kebahagiaan ,bila dia mahu membuka diri agar orang lain dapat menyintainya dengan tulus...

Kebahagiaan manusia tidak akan hadir kerana tidak mahu membuka hati dan berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih,terlalu memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang dimiliki..

Keegoaan manusia yang menyebabkan menjadi buta ,keegoaan dan hanya memikirkan diri sendiri yang menyebabkan manusia tidak sedar bahawa saat ini,apa yang ada adalah terbaik untuknya...

Begitu ramai sahabat yang amat mencintai ,tapi kerana dia terlalu memilih,menilai dan menghakimi diri sendiri....Justeru sahabat sejati semakin jauh,Terlalu memilih sahabat membuat manusia tidak dapat menyedari di depan mata ada sahabat sejati yang memerlukan nya..

Tiap2 manusia memiliki erti dan peranan masing2 semuanya berbeza...tidak ada memiliki erti yang sama seperti punya peranan dan kelebihan dalam satu hal,tidak harus memiliki peranan dan erti dalam hal lain..dicintai oleh satu orang belum tentu disayangi orang lain ...

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri sendiri,jangan berharap dari manusia lain,kerana orang lain mampu mengkhianatinya..

Kebahagiaan ada bila boleh menerima diri apa padanya,mencintainya dan menghargai diri sendiri,mahu mencintai dan menerima manusia lain..

Percaya kepada TUHAN....bersyukur bahawa manusia selalu diberikan yang terbaik..sesuai apa yang dilakukan manusia itu sendiri,tak perlu berkeras hati,DIA akan memberi di saat yang tepat apa yang hamba-NYA perlukan,tidak harus saat ini,masih ada hari esok...

CANTIK wanita kerana kejernihan wajah , manis wanita keran senyuman indah , ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah , hebat wanita kerana kesabaran batinnya , mulia wanita kerana keimananya dan cintakan ALLAH S.W.T"

2 comments:

  1. Serious ke ni karya kau ? :p bukan copy paste eh? haha nice one ameer :D

    ReplyDelete
  2. buat ponek den membuka pelbagai buku..xde copy paste..

    ReplyDelete